Rabu, 23 Julai 2014

ibu dan ayah tanpa mereka siapalah diriku , mereka lah segala-galanya bagi diriku , mereka bersusah payah membesarkan ku daripada ku kecil sehingga kini  , tidak dapat ku bayangkan bagaimana hidupku tanpa mereka disisiku , bagaimana aku menerukkan kehidupan aku ini tanpa mereka? , bagaimana jika aku merindui mereka? , bagaimana jika aku teringin untuk memeluk mereka? , semua soalan itu sering bermain didalam pemikiran daku ini , bagaimana , bagaimana , dan bagaiman ... ibu ayah kamulah wira hatiku ... I LOVE U SO MUCH .. :) 







islam adalah agama yang terbaik sekali , ini lah bukti kebijaksanaan Allah swt . Allahu .

Jumaat, 2 Mei 2014

Every child of is a different kind of flower and all together 

they make this world a beautiful garden :)
jangan reti hanya menilai diri orang sahaja ,menilai diri sendiri lebih baik supaya kita boleh berubah ke arah yang lebih baik :) 

Khamis, 30 Januari 2014

pendidikan melahirkan orang berilmu , tetapi agama melahirkan orang berakhlak . 

Isnin, 11 November 2013

Sakit itu suatu ujian yang Allah kirimkan kepada kita , kita hendaklah mensyukuri nikmatnya , jikalau Allah tidak memberikan kesakitan , kita tidqk akan tahu bahawa kita sihat atau tidak :¤ fikirkanlah ¤
: Allah SWT tidak pernah merampas apa yang kita miliki , sebaliknya Dia menggantikan sesuatu yang amat bernilai dan berharga kepada kita : ▶Allah Maha Adil ◀
"Gambaran positif akan menghasilkan hormon positif dan akan memberikan kekuatan semangat dan kesihatan yang baik kepada kita" ~~> so think positif k :)
"Terimalah semua peristiwa, baik peristiwa yang baik atau peristiwa yang buruk sebagai takdir Allah yang mesti kita hadapi dan tangani dengan redha"
"Utamakan silaturahim terutama jaga hubungan kita dengan adik-beradik kita, ibu bapa, dan suadara-mara kita. Apapun yang berlaku dalam keluarga kita jangan antara kita berpecah-pecah dan menyalahkan antara satu sama lain"
'Sahabat' yang paling baik ialah sahabat yang sentiasa berasa disisi kita masa kita susah ataupum senang 
: sayangilah rakan anda sepertimana mereka menyayangi kita seadanya
Kita MINTA MAAF...
Kita ULANG BALIK kesalahan kita.. 
Dan kita MINTA MAAF lagi, 
Lama-lama orang SAKIT HATI dengan kita..

Tapi bila dengan ALLAH...
Kita buat salah dan kita BERTAUBAT...
Kita ulang- ulang buat kesalahan,
ALLAH masih TERIMA taubat kita...

Betapa ALLAH SAYANG kita,
kita yang selalu TERLUPA akan hakikat tersebut...

KASIH SAYANG Allah melebihi MURKANYA...
Moga kita diberi PELUANG Kembali kepadaNYA
Dalam keadaan DIA Redhakan. Aminnn~~

Sabtu, 7 September 2013

sayang sayang sayang sayang sayang sayang ... nk kata benci benci benci benci benci tapi saya tidak boleh ..
Maksud Sikap CEMBURU Dalam Islam Dan Cara Mengubatinya
Beberapa tabloid pernah mengemukakan kisah “perang saudara” di antara isteri-isteri yang hidup dalam suasana poligami, di mana ada yang mencurah asid, menikam dengan pisau dapur dan mengejar antara satu sama lain. Aksi-aksi cemburu seperti ini menjadi topik perbualan serta gelak ketawa di kalangan masyarakat. Demikianlah sifat sebahagian media cetak , ia tidak mendidik pembacanya ke arah ilmu yang bermanfaat, sebaliknya merendahkan pembacanya kepada perbuatan-perbuatan yang menyelisihi ilmu, norma sihat dan etika mulia.
Sebenarnya cemburu tidak sekadar berlaku di antara isteri-isteri yang hidup di alam poligami. Ada isteri yang cemburu apabila suaminya berbuat baik kepada ibu atau adik perempuannya. Ada suami yang cemburu apabila isterinya melayan tetamu minum petang terlebih baik daripada melayan dirinya. Ada abang yang cemburu apabila adiknya menerima hadiah daripada ibubapanya. Justeru cemburu adalah sesuatu yang lazim berlaku. Hanya ia lebih sensasi jika berlaku di kalangan mereka yang hidup di alam poligami.

Maksud Cemburu.
Secara mudah, cemburu bererti reaksi seseorang apabila sesuatu yang memiliki kepentingan bagi dirinya disaingi atau dicabar. Reaksi tersebut boleh jadi perasaan yang benci dan marah, boleh juga diterjemahkan kepada perbuatan fizikal seperti memecahkan atau membaling barang.
Cemburu ada yang terpuji, iaitu benci dan marah kepada orang yang menyembah tuhan selain Allah, mengamalkan cara hidup selain dari apa yang Islam gariskan dan menukar-nukar ajaran Islam dengan tafsiran tersendiri. Perasaan cemburu seperti ini lahir kerana Allah dan Islam berada dalam posisi yang penting dalam diri seseorang. Apabila ia disaingi atau dicabar, maka lahirlah rasa cemburu.
Reaksi cemburu ini seterusnya diterjemahkan kepada perbuatan mengajak orang kepada menyembah Allah (dakwah), mencegah kemungkaran yang sedang berlaku (nahi mungkar) dan membela ajaran Islam yang tulin agar masyarakat tidak terpengaruh dengan ajaran sesat.
Termasuk sifat cemburu yang terpuji ialah apabila seorang suami memantau pakaian dan pergaulan isterinya agar sentiasa menepati tunjuk ajar Islam. Suami yang membiarkan isterinya tanpa menutup aurat, bergaul bebas dengan lelaki asing, tidak mendirikan solat dan sebagainya dicela oleh Rasulullah sebagai lelaki dayus. Baginda menegaskan:

“Tiga (jenis orang) yang Allah haramkan syurga ke atasnya: orang yang ketagih arak, orang yang menderhaka kepada ibubapanya dan orang yang dayus – iaitu orang yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya.” [Musnad Ahmad, no: 6113 dan dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth]

Berdasarkan hadis ini, jika seorang isteri itu memiliki suami yang prihatin memantau aktivitinya, maka ia adalah sesuatu yang terpuji. Janganlah pula merungut kerana suami demikian melaksanakan tanggungjawabnya, berbeza dengan suami yang dayus.

Cemburu Yang Tercela.
Di sebalik cemburu yang terpuji, ada cemburu yang tercela. Ia merujuk kepada reaksi benci dan marah yang timbul atas sebab-sebab duniawi. Satu contoh cemburu yang tercela ialah seorang isteri yang cemburu apabila suaminya membelikan hadiah tas tangan kepada ibunya. Berbuat baik kepada ibubapa dituntut oleh Islam dan reaksi cemburu yang lahir dalam hati isteri adalah kerana sebab duniawi, iaitu dia merasakan dirinya dinombor duakan, di bawah ibu suaminya semata-mata kerana pemberian hadiah tersebut.
Cemburu yang tercela tidak sahaja dikaitkan dengan para wanita atau isteri. Ia juga boleh dimiliki oleh para lelaki dan suami. Suatu kisah, ada seorang lelaki yang sangat pencemburu sehingga dia melarang isterinya menghadiri kuliah agama atau bertanya soalan agama kepada para ustaz. Akhirnya minat isterinya ke arah agama terhalang oleh suaminya yang pencemburu. Ini tentu saja satu sifat cemburu yang amat tercela.

Mengubati Penyakit Cemburu.
Hati yang dijangkiti penyakit cemburu yang tercela boleh diubati dengan beberapa tips berikut:

Pertama: Hendaklah disedari bahawa apa yang diperolehi oleh seseorang, maka Allah jua yang memberikannya. Jika suami memberikan tas tangan kepada ibunya, maka Allah yang sebenarnya memberi sementara suami hanya berperanan sebagai perantara yang menyampaikannya. Maka cemburu sehingga benci dan marah bererti membenci dan memarahi Allah.
Oleh kerana itulah Allah mengingatkan kita:

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” [al-Nisa’ 4:32]

Kedua: Kita sesama umat Islam, sesama mukminin dan mukminat hendaklah tumpang gembira apabila saudara kita memperolehi sesuatu. Kita bergembira untuknya seolah-olah kita sendiri yang mendapat kelebihan tersebut. “I am happy for you” bukan sekadar slogan masyarakat Barat tetapi juga sesama umat Islam. Rasulullah bersabda:
“Tidaklah (sempurna) iman seseorang kalian sehinggalah dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya.” [Shahih al-Bukhari, no: 13]
Justeru ciri seseorang yang beriman ialah dia tidak cemburu atas kelebihan yang diperolehi oleh saudara seislamnya, tetapi dia turut bergembira. Berdasarkan hadis ini mungkin ada yang berkata: “Imanku belum cukup sempurna untuk aku mencintai bagi saudaraku apa yang aku cintai untuk diriku.” Maka alasan ini diperbetulkan dengan nasihat: “Cintailah untuk saudaramu apa yang kamu cintai bagi dirimu, nescaya kamu akan merasai kemanisan dan pertambahan iman di dalam dirimu.”

Ketiga: Syaitan suka menghasut manusia ke arah sifat yang tercela, termasuklah sifat cemburu yang tercela. Dengan hasutan tersebut, syaitan dapat menjadikan kita lupa kepada peranan Allah yang sebenarnya memberi serta bermusuhan sesama umat Islam. Oleh itu apabila sahaja terlintas bisikan cemburu yang tercela di dalam hati, segeralah menolaknya dengan membaca "A’uzubillahi minash syaitan nirrajim."
Hadis berikut menjadi rujukan:
A’isyah menerangkan pada satu malam baginda keluar dari rumahnya dan ini menyebabkan dia merasa cemburu. Kemudian Rasulullah kembali ke rumah dan mendapati dia sedang dalam keadaan yang cemburu. Lalu baginda bertanya:
“Apa jadi kepada kamu wahai A’isyah? Adakah kamu cemburu?”
“Takkanlah aku tidak cemburu kepada orang sepertimu?”
Kemudian Rasulullah melanjutkan: “Apakah telah datang kepadamu syaitan kamu?”
“Wahai Rasulullah! Apakah bersama aku ada syaitan?”
“Ya.”
“Dan (apakah syaitan itu ada) pada setiap manusia?”
“Ya.”
(Apakah syaitan juga) bersama kamu wahai Rasulullah?”
“Ya, akan tetapi Tuhanku telah menolongku darinya sehingga aku selamat dari gangguannya.”[Shahih Muslim, no: 5035]
Bila gembira : ALHAMDULILLAH
Bila terlupa : ASTAGFIRULLAH
Bila terkejut : MASYA ALLAH
Bila berjanji : INSYA ALLAH
Bila marah : LAILAHAILLALLAH

"Kawanlah dengan orang yang suka nasihat kita, beri semangat dekat kita dan jenis tak pernah lupakan kita kerana itulah kawan sebenar kita ..."
Rasullullah s.a.w bersabda

bukanlah puasa itu hanya sekadar menghenti makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghenti ckp2 yg tdk elok dan kata2 kosong..
(H.R.IBNU KHUZAIMAH)
Orang Yang Bersifat Kasihan Akan Dikasihi...

Daripada Abdullah bin Amr r.a, Nabi s.a.w bersabda:

"Orang-orang yang bersifat kasihan, dikasihi oleh yang Maha Mengasihani. Kasihanilah mereka yang di bumi, nescaya yang di langit akan mengasihi kamu". (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Khamis, 1 Ogos 2013

tinggi atau pendek

assalamualikum semua ira nak kongsi cerita sikit ...

ira adalah seorang yang tinggi semua org suker ejek ira ..

korang klu korang pendek mesti korang nak tinggi kan
tapi sebaliknya .. org tinggi nak pendek ..

kawan2 kite perlulah bersyukur kerana allah telah beritakan kite ketinggian ...

kawan2 kite perlulah ingat BAHAWA KITE PERLULAH SENTIASA BERSYUKUR .. ya bersyukur itulah hanya salah satu penyelesaian yg terbaik ...


kawan2 tidak perlu membuat pembedahan atau ape2 .. TIDAK!!! .. kawan2 org pendek ini sebenrya mereka comel dan cantik
dan org tinggi ini pulak cantik dan comel
...

kawan2 BERSYUKUR LAH DENGAN KEADAAN KITA ...


AKHIRKATA ira nak mohon ampun dan maaf sebab mungkin ada catatan ira ada menyakiti hati pembaca semua ...

kite perlulah bersyukur dengan keadaan kita ..

Rabu, 24 Julai 2013

ok la assalamualikum saya rase cukup kut catatan saya untuk hari ini banyak dah nie .. hi3 ok laa selamat tinggal semua .. jumpe lagi dan SELAMAT BERPUASA ..

BAGI YG ISLAM DAN SELAMAT SEJAHTERA BAGI YG BKN ISLAM
Ketika Jiwa Tak Bertuan

Ketika kau pergi meninggalkan ragaku
Saat itu pula mulutku membisu
Manakala kau lepas dari tubuhku
Ketika itu pula ragaku membujur kaku

Ketka kau pulang di jemput malaikat
Seketika itu mataku tak mampu melihat
Saat Tuhan menjemputmu
Ketika itu pula terkubur jasadku

Ketika kau lepas dari nafasku
Saat itu pula berhenti denyut jantungku
Dan ketika Tuhan memanggilmu
Ketika itu pula ku tinggalkan dunia fanaku

Ketika jasadku tak bernyawa
Ketika tubuhku tak berjiwa
Tinggallah aku menanggung semua
Atas segala perbuatanku di dunia

belajar

belajar lah demi kejayaan bukan demi kekayaan ..


wanita yang cantik

• LEMBUT wanita kerana SENYUMANNYA
• CEKAL wanita kerana BERANINYA
• PATUH wanita kerana KESETIAANNYA
• SABAR wanita kerana IMANNYA

ayat cinta

apabila seorang wanita itu tak lagi menangis untuk anda bermakna telah ada lelaki lain yang berjaya membuat senyum untuknya